Awek - awek Rockers (Malaysia Female Rock Stars)
Jom kita layan info tentang awek-awek Rockers..
Boleh dikatakan semua rockers wanita mempunyai suara serak-serak basah..
Dan hampir semuanya bermula sebagai penyanyi @ pemuzik di kelab malam..
Walaupun hampir berumur.. tapi rockers - rockers wanita kita maintain cun!!
Mereka adalah...

Ku Nazhatulshima Kamarazzaman @ Shima terkenal dengan lagu-lagu Rock Balada di sekitar awal 90an seperti Di Sebalik Sejuta Wajah, Teringin dan Setelah Aku Kau Miliki.
Berasal dari Banting Selangor, Shima pernah menganggotai kumpulan Shima
And The Boys sebelum menyanyi secara solo. Setakat ini Shima telah
merakamkan 7 buah album solo. Selain menyanyi, Shima pernah menjadi
model iklan dan pernah juga berlakon. Usia Shima kini menggapai 41 tahun
tapi masih lagi cun.
Rozanna
Mempunyai satu album. Lagu best Rozanna adalah Nyata atau Khayalan dan Pelamin Mimpi. (foto: muzikrock.com)
Kumpulan Puteri
Kumpulan Rock wanita yang berasal dari Singapore
Ni orang Nogori Smilan ni. Narimah Mohamad nama sebenar dia. Abot merupakan isteri kepada Jack FTG. Lagu popular Abot, Camar dicipta oleh Abot sendiri ketika dia berusia 13 tahun. Usia Abot kini ialah 35 tahun
Ruhil
adalah antara penyanyi Rock wanita yang termuda sekitar tahun 90an.
Pernah menganggotai kumpulan Metal Child. Penyanyi yang popular dengan
lagu Kawan ini menetap di luar negara selepas berkahwin. (foto: muzikrock.com)
Pernah popular dengan lagu Rela. Hingga sekarang lagu Rela sering diputarkan di stesen-stesen radio
Dilla Hussein
Nama sebenar Dilla ialah Fadila Bt Husin. Merupakan anak kepada pelakon veteran terkenal, Hussein Abu Hassan dan kakak kepada pelakon terkenal, Faizal Hussein. Pernah menganggotai kumpulan Sons Of Adam. Di Tabir Suria adalah lagu gempak yang pernah dinyanyikan Dilla. Selain menyanyi, Dilla juga merupakan seorang pelakon. (foto: www.sinemamalaysia.com.my)

Nama
sebenarnya ialah Haryati Mohamad. Berasal dari Batu Gajah dan kini
berusia 41 tahun. Pernah menganggotai kumpulan Lord Justice dan selepas
itu menjadi penyanyi solo. Lagu hits – Pesanan Tok Moyok. (foto: muzikrock.com)
Idda cuma ada 1 album sahaja dan lagu popularnya ialah Oasis Sahara.
Candy
Terdiri daripada 4 wanita yang berasal dari bumi Sarawak. Lagu popular Candy ialah Akan Ku Tunggu. Vokalis Candy, Patricia telah berkahwin dengan pemain gitar terkenal, Edrie Hashim.
Elna
Antara lagu hits Elna ialah Balada Puteri Laut, Sketsa Cinta Luka dan Sandiwara Cinta Berdarah. Albumnya telah diterbitkan oleh Siso.
Antara lagu hits Elna ialah Balada Puteri Laut, Sketsa Cinta Luka dan Sandiwara Cinta Berdarah. Albumnya telah diterbitkan oleh Siso.
Wohnen
Berimej ala-ala koboi dan membawakan konsep country dan western dalam lagu-lagunya. Lagu Madah Terakhir dan Gugur Sebelum Layu merupakan lagu hits kepada penyanyi yang bersuara amat serak ini. Wohnen adalah anak kepada M.Y Shamsuddin, penyanyi lagu-lagu asli.

Sheeda
Siapa tak kenal Sheeda, penyanyi dangdut yang popular dengan lagu Angkat Kaki.. he..he..he.. Sheeda pernah menganggotai D’zai @ Desire, sebuah kumpulan Rock dari Kelantan.Hasil perkongsian hidup dengan Roslee pemain gitar Desire, maka lahirlah Bienda..

Sahara Yaacob
Ini dia Mama Rock kita yang sentiasa ‘hangat’ suatu ketika dulu. Pernah dipanggil Tina Turner Malaysia… mungkin kerana fesyen rambutnya yang amat kebaratan. Nama sebenar Sahara Yaacob ialah Zaharah Bt Mohd Yaacob. Kini berusia 53 tahun. Lagu terkenal Sahara Yaacob adalah Tangisan Marhain.

Puteri Hamsiah
Pernah menjadi vokalis jemputan kumpulan rock Hydra dalam album Pancakara di Cakrawala. Lagu hits – Ilusi Fenomena Cinta.
Pernah menjadi vokalis jemputan kumpulan rock Hydra dalam album Pancakara di Cakrawala. Lagu hits – Ilusi Fenomena Cinta.
Haleeda
Haleeda terkenal dengan lagu Setia Kasih dan Terkilan. Pernah berkahwin dengan pemain bolasepak terkenal, Azman Adnan.
Haleeda terkenal dengan lagu Setia Kasih dan Terkilan. Pernah berkahwin dengan pemain bolasepak terkenal, Azman Adnan.
Leez
Cuma satu je lagu Leez yang hits hingga kini iaitu EL. Leez ni memang mantap dan happening dalam show.
Emma
Pernah menganggotai kumpulan Revolusi. Mempunyai 1 album bersama Revolusi dan 2 album solo. Lagu hits - Dadah Durjana. (foto: muzikrock.com)
Suraya
Nama penuhnya ialah Rozila Yeop dan berasal dari Kajang. Dulu bersekolah di SMK Engku Hussain, Semenyih dekat dengan tempat gua. Asalnya Suraya adalah seorang pelukis sambilan di Central Market dan melukis selama 3 tahun. Awek ni suka menyanyi lagu rock yang bernada tinggi. Suraya Cuma ada 1 album je dan album itu diterbitkan oleh Khalid Mobin (Rusty Blade)

Malaysian
Sherock adalah nama asal bagi Sherox yang diberikan oleh penganjur
pertunjukan pentas, Lokman Joned. Band ini didatangkan dari Perak.
Kumpulan Sherox pada asalnya terdiri daripada semua anggota wanita. Liey
Handyblack menganggotai Sherox ketika rakaman album Awek Rockers.
Antara lagu popular Sherox ialah Sentuhan Luka dan Biarpun Apa Terjadi.
Nike Ardilla
Digelar ratu Rock Indonesia. Lagu Ku Tak Akan Bersuara
dendangannya famous sehingga di Malaysia, Brunei dan Singapore. Pemilik
nama Raden Rara Nike Ratnadilla Kusnadi ini telah meninggal dunia pada
umur 19 tahun di kala popularitinya sedang memuncak. Punca kematian
adalah kemalangan kereta.
Berasal dari Sabah dan popular dengan lagu Salam Untuk Kekasih.
Nadia bagitau gua, dia akan muncul dengan album terbaru. Tajuk album
belum confirm lagi. Antara lagu hits dalam album terbaru yang dijangka
akan meletup – Buatmu Kekasih dan Datanglah Padaku. Nantikan kemunculan album Nadia edaran Music Valley. Dapatkan yang original.
Wann
adalah antara penyanyi yang terkenal hingga kini. Suaranya yang serak
dan seakan meneran membuatkan lagu-lagunya diingati selalu. Antara
lagu-lagu hits Wann ialah Lamunan Hati dan Aku Dalam Teka Teki. Dalam filem Pelumba Malam, Wann pernah berlakon sebagai penyanyi kelab malam dengan membawakan lagu Jawapan Yang Kelabu.
Tania
Tania Cuma ada 1 album sahaja yang dikeluarkan oleh Happy Record. Tania juga merupakan salah seorang anak didik kepada Adnan Abu Hassan. Lagu popular Tania ialah Memulih Semangatku dan Terbuka Kamar Hati.

Yearghhh..ini
dia ratu rock Malaysia yang masih cun dan glamer. Saja je gua letakkan
info ni di list yang paling bawah. Gua rasa takde awek-awek rockers lain
yang mantap dan bertahan dengan jiwa Rock macam Ella. Nama
penuh Ella ialah Nor Zila Bt Hj Aminuddin. Kini berusia 44 tahun. Dulu
Ella menganggotai The Boys semasa giat menyanyi di kelab malam. Banyak
jugak album Ella ni. Salah satu album Ella dirakamkan penuh di USA.
Antara lagu-lagu Ella yang masih popular ialah Sepi Sekuntum Mawar Merah, Pengemis Cinta, Gemilang dan Sembilu. Selain menyanyi Ella juga terlibat dalam lakonan. Antara filem yang dilakonkan Ella ketika zaman kegemilangan rock ialah Bayangan Maut dan Pemburu Bayang.